Getah Ludah

berulangkali kau menjilat getah, dari sayat
dendam terasah, dedah duka memewah

berulangkali kau menelan getah, pada tiap
kenang punah, bak kitab kuno lupa ditelaah

berulangkali kau tersedak getah, memercik darah
mengental-memadat, membentuk jazirah-barah

No comments:

Post a Comment